pK

petua sifat alam (untuk wanita)

Petua Sifat Alam
--------------------------------------------------------------------------------

Di halaman ini akan memperincikan satu petua istimewa untuk kaum wanita yang menjadi isteri. Petua ini dipanggil Petua Sifat Alam, yang mana wanita akan bersifat sebagaimana tanah, air, api dan angin dalam kehidupan bersama suaminya agar hidup bahagia. Wanita perlulah menyesuaikan sifat manakah yang akan digunakan olehnya pada keadaan dan masa tertentu. Malah, dia boleh gabungkan beberapa sifat sekaligus, mengambil sifat alam yang baik-baik saja untuk keharmonian rumahtangga dan demi cintanya.
Perlu juga diingat bahawa yang akan dipakai dari sifat alam itu ialah sifat-sifat yang baik dari empat unsur yang tersebut. Keempat-empat unsur ini ada juga keburukannya, tetapi kita hanya akan mengambil yang baik darinya Wanita juga patut bijak memainkan peranannya bersifat dengan Sifat Alam ini bagi menyesuaikan dirinya dengan sifat suaminya. Hal ini selalu dinyatakan di kalangan masyarakat Melayu lama. Maka gunakanlah kebijaksanaan dalam memilih Sifat Alam yang baik, agar ia menjadi petua yang amat berguna.


--------------------------------------------------------------------------------

Kelebihan Wanita Bersifat Seperti Tanah
--------------------------------------------------------------------------------

Di atas bumilah tempat manusia hidup dan mati. Malah manusia juga ditempa dari tanah yang terpilih. Untuk hidup dengan aman dan makmur, bumi ini perlulah bumi yang aman pula, luas terbentang bagai hamparan, subur serta kaya dengan berbagai sumber kekayaan terpendam dan punya banyak kelebihan.
Tanah yang baik itu mempunyai berbagai pemandangan yang indah dan tidak pula menjemukan. Ia bersih, tenang dan selamat serta tidak pula membahayakan atau menggusarkan. Tanah yang baik adalah tanah yang paling subur, lembut dan gebu dan bentuknya bagai hamparan. Tanah inilah yang terpilih untuk bercucuk tanam.

Wanita yang bersifat seperti tanah itu merendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia dan rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebagaimana tanah, wanita ini tidak banyak cerewetnya, tidak bercakap meninggi diri, menyombong, marah atau mengherdik suami.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan, dan tidak suka membantah atau membangkang.
Sedia dan rela menjadi hamparan suami setiap masa, melayani kehendak cinta kasih dan cinta berahi suami dengan penuh cinta dan kasih sayang.
Sanggup menanggung kesusahan hamil, melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna.
Subur sifatnya lagi rindu kepada persetubuhan.
Mempunyai berbagai kelebihan dan keistimewaan yang akan terserlah sedikit demi sedikit dan menawan hati suami setiap masa tanpa jemu.
Mempunyai rahsia-rahsia cinta yang terpendam terhadap suami dan sedia untuk diterokai dan diselongkar oleh suami yang dikasihi.
Sedia mendedahkan keindahan zahir batinnya hanya untuk suaminya, yang empunya tanah.
Mempunyai pelbagai rahsia dan khasiat untuk membantu suami menjalani kehidupan yang sihat, gembira, ceria dan aman.
Bersih dan kemas, wangi, manis wajahnya dan lemah lembut serta sopan dan gebu kulitnya kerana sentiasa menjaga kecantikannya untuk suami.
--------------------------------------------------------------------------------


--------------------------------------------------------------------------------

Kelebihan Wanita Bersifat Seperti Air
--------------------------------------------------------------------------------

Air yang baik itu sifatnya bersih lagi membersihkan, sejuk nyaman, jernih, serta boleh menghilangkan dahaga bila-bila masa. Air sifatnya mencambahkan biji benih, menyuburkan, menyegarkan kembali serta menyihatkan. Sifat air juga mengisi segala bejana atau bekas mengikut bentuk bekas itu, ertinya boleh sesuaikan diri dengan keadaan.
Sifat air juga rela turun ke bawah, mengalir dari gunung ke lurah-lurah untuk berbuat kebaikan, seperti membasahi dan menyuburkan tanam-tanaman serta sebagai penyambung kehidupan. Air juga boleh tenang, sebagaimana air kolam, boleh mengalir dan berkocak bagai air sungai, dan boleh bergelora ibarat laut, tapi semuanya itu kena pada tempatnya. Air kolam tidak akan bergelora sebagaimana laut. Air juga mengandungi pelbagai rahsia dan keindahan, tersedia untuk diterokai dan dimanfaatkan.

Wanita bersifat air menjamu suaminya dengan jamuan zahir batin untuk menghilangkan kedahagaan suami dan menutup diri suami dari mencari yang lain.
Bersedia melayani suami pada bila-bila masa dan menyuburkan jiwa suami dengan kasih sayang.
Menghidupkan hati suami menjadikan ianya segar dan sihat serta bersemangat. Menjadikan hati itu sentiasa bersyukur atas nikmat Allah dan patuh beribadat.
Sentiasa berada di tempat dia diperlukan oleh suaminya dan rela berkorban untuk menjaga kebajikan suami.
Hatinya bersih lagi membersihkan, amat berguna dalam mendidik anak-anak dan menjinakkan hati suami.
Menenangkan hati suami bila suami menghadapi masalah atau kerumitan dan memberi galakan agar suami lebih berjaya.
Sentiasa mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak, serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus dunia.
Menzahirkan gelora cintanya kepada suami dan tetap setia. Setiap masa dia rindukan cinta suami dan menunggu dengan rindu.
--------------------------------------------------------------------------------


--------------------------------------------------------------------------------

Kelebihan Wanita Bersifat Seperti Api
--------------------------------------------------------------------------------

Api yang baik itu banyak gunanya. Api menerangi kegelapan dan sebagai penyuluh agar selamat. la juga menghangatkan sesuatu agar jangan basi dan berkuman dan menolong menjaga kesihatan. la juga menjadi hiasan yang indah sambil berfungsi menerangi. Api yang baik membakar sampah serta bahan yang tidak digunakan lagi, menolong menjaga suasana sekeliling agar tetap bersih dan segar. Api juga merupakan lambang cinta antara manusia.
Wanita yang bersifat api itu hangat cintanya kepada suaminya, bersifat sedikit cemburu tetapi itu dilakukannya kerana cintanya yang mendalam. Rindu dendam terhadap suami dari segi cinta.
Cepat dalam segala tingkahlakunya. Ini menjadikan dia cekap dalam menguruskan hal kebajikan rumahtangga dan mendidik anak-anaknya.
Hangat kasih sayangnya terhadap anak-anak, dan dapat mengimbangi antara menyayangi anak dan menjadikan anaknya berguna di masa depan.
Nasihat menasihati suami dengan cara yang baik agar suami menjadi lebih berjaya dunia akhirat. Menasihati anak-anak agar berguna serta mengajarkan kepada anak-anak hikmah dan pengetahuan.
Menjaga kebersihan dalam rumahtangga dengan cekap. Sentiasa mempastikan suami dan anak-anak mendapat makanan yang berkhasiat dan jauh dari kekotoran dan penyakit.
Pandai menghias dirinya agar kelihatan cantik menarik, Tingkah lakunya menawan suami, wajahnya bercahaya dan dia lincah genit untuk suaminya seorang. Selalu menyatakan cintanya yang hangat kepada suaminya.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan. Melakukan khidmat bakti tanpa perlu disuruh.
--------------------------------------------------------------------------------


--------------------------------------------------------------------------------


Kelebihan Wanita Bersifat Seperti Angin
--------------------------------------------------------------------------------

Angin yang baik itu lembut sepoi-sepoi bahasa, nyaman dan bertiup dari berbagai arah. Angin ini membuatkan daun-daun melambai-lambai dan dahan berbuai. Angin juga membuatkan buluh perindu bernyanyi merdu, serta menaburkan biji benih ke serata bumi. Angin juga meredakan kehangatan, angin menyebabkan kehidupan lebih selesa dan membawa hujan di tempat-tempat yang mulai kering.
Wanita bersifat angin itu lemah lembut menyamankan suami membuatkan suami rasa selesa.
Bila suami hendak keluar rumah, dia menghantarkan suami dengan suara yang lunak manja, senyuman serta kucupan.
Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah di dengar, membuatkan suami semakin sayang.
Kata-katanya sopan dan pekertinya mulia, tidak menyusahkan, mendukacitakan atau memusnahkan suami. Tidak berkasar atau membentak suami. Sifat sopan membuatkan suami terbuai dan lena dalam tiupan cinta.
Bila suami pulang dari kerja, disambut dengan senyuman, membukakan butang baju, mengipasnya, membawakan air untuk melepas dahaga.
Sentiasa bersih berdandan untuk suami. Bau tubuhnya wangi segar. Kata-katanya pun bersih lembut menawan, menyebabkan suami yang letih segera segar dan bila hendak marah segera reda.
Membelai suami dengan penuh kasih sayang, mengusap dan mengurut tubuh suami bila merasa kebas dan sengal menyebabkan suami merasa segar.
Mewujudkan suasana selesa dalam rumahtangga. lanya nyaman dan segar bersih dan menyihatkan, tenang serta penuh kegembiraan, hidup dan sentiasa ceria.
--------------------------------------------------------------------------------

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "petua sifat alam (untuk wanita)"