pK

hilang satu impian Malaysia.. [adaptasi dari Gempak.org]


Pada tahun sekitar awal 2005 pernah heboh satu Malaysia yang salah satu kompeni kereta negara kita, Esnasports Sdn. Bhd., akan mengeluarkan kereta sport sendiri (sports car/supercar), “Esna Venere”. Cool nama tu, ala-ala Italian. Kecoh satu negara selepas pengumuman tentang projek penghasilan kereta sport tersebut.
Ye la…kalau dah ada sports car buatan Malaysia ni dah tentu nama negara Malaysia famous. Kita boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Ferrari, Mercedes, Lamborghini dan BMW. Mana tahu nanti boleh berdiri lagi tinggi dari syarikat-syarikat elit tu.
Esnasports Sdn. Bhd. cakap nak keluarkan kereta ni dalam tahun 2006.
Tapi sekarang dah tahun 2010. Pernah nampak tak Esna Venere tu kat atas raya di Malaysia ?

Jawapannya mesti TIDAK.
Kenapa?

Sebab Esna Venere sports car ni tak pernah dihasilkan selepas
pengumumannya hampir 5 tahun lalu.
Tapi kenapa??
Sebab pioneer atau otai atau kepala projek ni telah pun meninggal dunia semasa sports car ini masih dalam pembikinan.
Kehilangan Mr. Esmail Naziadin, tuan empunya Esnasports Sdn. Bhd. ini menyebabkan projek ini terpaksa diberhentikan. Beliau sahaja yang tahu urusan mengenai pembikinan Esna Venere sports car ni. Segala idea dan reka bentuk sports car adalah hasil pemikiran beliau sendiri (hanya 5 bulan untuk beliau hasilkan clay model kereta sport ini,maknanya sangat cepat). Jadi selepas pemergiaan beliau, tiada siapa tahu atau mampu meneruskan selok-belok projek ni.
Hanya tinggal memori.


Spesifikasi Esna Venere (seperti yang dijanjikan pada awal pengumumannya):

Rekabentuk: Bahagian depan seperti sports car tahun 30an. Bonet panjang.
Lampu depan yang stail. Bahagian tepi dibiarkan kosong tanpa design yang
menarik, hanya ada air-vents. Bahagian dalam selesa dan lebih lapang dari
sports car yang lain.
Enjin: 3.0L. Kuasa enjin 300-350 bhp. Maksima kelajuan boleh capai 300km/j.
6-gear manual atau automatik.
Suspension: Double wishbone.
Berat: 1000kg
Esna Venere dibuat dengan material seperti carbon fibre, besi aloi dan
aluminium (material yang sama untuk buat kereta F1)
Harga: Sekitar RM500,000 ke RM800,000 (Hampir sejuta ringgit)





Hilang satu impian negara untuk memiliki sports car buatan sendiri. Apa pun diharap kompeni kereta nasional yang lain seperti Proton dan Perodua mungkin boleh merealisasikan impian ini suatu hari nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "hilang satu impian Malaysia.. [adaptasi dari Gempak.org]"