pK

my mawar..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SABAR...

keSABARan itu tidak hanya di mulut....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

one piece calendar 2011

 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

cinta V ( para akhi wa akhawat sekalian..)

saat mahu mendirikan 'masjid'...





hendaklah...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

cinta III

bercinta kerana dicintai adalah sesuatu yang biasa
tetapi bercinta kerana perasaan cinta itu sendiri adalah sesuatu yang suci
jagalah ia sebelum hilang darimu..



org yang  disayangi adalah seperti BINTANG..
walaupun jauh diatas langit, namun cahayanya selalu dapat menerangi..
walaupun jarak memisahkan, namun kan tetap dirindui..
walaupun tak selalu kelihatan, namun kan tetap diingati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Allah memberkati kamu semua..

lagu ini khas ditujukan buat sahabat2...agar lebih 'dekat' padaNYA





semoga Allah memberkati ke atas kamu berdua


keberkatan ke atas kamu berdua

dikumpulkan(disatukan) antara kamu dalam kebaikan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

nak tau jantina laptop??? [adaptasi dr fb Nurul Erieka]

Jgn xtau.....laptop pun ada jantina...

so, nak tahu tak jantina laptop yg selalu dingadap tiap2 hari tu? jantan ke betina....hehehehehe



buat je step kt bwh ni...



1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"



2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

Save as = love u.vbs



3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."



Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?

Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

w0man...fr0m rib

woman was made from the rib of man...

she wasn't created from his head to top of him,
nor from his feet to be stepped upon..


she was made from his side
to be close to him,
from beneath his arm
to be protected by him...


near his HEART to be LOVEd by him

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

rain and myself...

iF i weRe tHe rAiN
tHaT d0eS c0nnEcT
tHe sKy aNd tHe eaRth
wHich cAn'T
meet aNd h0ld oN
eTernaLLy

w0uLd i hAve bEEn
abLe t0
c0nneCt aNd h0Ld onto
s0me0ne's HEART..???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

CiNtA II

cinta...
ungkapan itu sedikit yg mnyedari
hakikat pngorbanan n tggungjawab
yg 'terpaksa' d pikul keseorangan

b'mula dgn kepedihan n kesengsaraan
ia akan mulai indah
apabila masing2 mmahami
bunga cinta yg mekar dlm ati

lafaz cinta itu mmbawa kpd janji
janji utk setia.....ikhlas
janji utk mnjadi y t'baik
janji utk mnanggung sebarang 'risiko'
dlm jangkaan @ x disangka2

adakah cinta itu realiti@angan2
adakah cinta itu bkn kehendak
adakah cinta itu perlu balasan
adakah cinta itu kebanggaan
adakah cinta itu...kekal???
dan....

adakah semua ini harus dijawab
tanpa sebarang penghayatan
tanpa sebarang pengorbanan
tanpa sebarang 'identiti'
tanpa 'kehadiran dia'???

memelihara cinta yg pernah b'kembang d hati
jauh lebih baik dr dendam y timbul
apbila diri d 'khianati'
walau cinta yg jd sebabnya
krn apbila cinta itu dipelihara
d jaga n d belai..
sgl yg negatif dpt dijauhkn

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

b0rn...fr0m hatRed t0 pr0tect

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

s0mething 'b0ut engineer...

just wanna share these pics ...taken fr0m my lecture's slide

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

20 cara menjimatkan duit [~RahsiaEbiz.Com 2007~]

Semua orang mahukan duit lebih setiap bulan tak kiralah dengan
cara apa pun termasuklah dengan buat side income ataupun
jimat duit dengan membuat perancangan perbelanjaan (financial
planning) berdasarkan kemampuan masing-masing.
Sehubungan itu bagi memenuhi hasrat dan tujuan ebook ini dibuat, maka
saya akan berikan beberapa tips dan 20 cara untuk jimatkan duit anda
dengan lebih mudah dan senang di samping memperolehi duit poket
‘lebih’ yang dapat menguntungkan anda.

1. Beli barang pada harga borong/pukal
Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour,
Tesco, Econsave, Giant atau memana pasaraya bagi produk-produk
seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan
sebagainya dengan lebih murah.
Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh
kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli
dengan club card lagi banyak penjimatan.
Kalo beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah sbb tak
dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang memang
menyediakan banyak manfaat. Jadilah pengguna yang bijak !
2. Beli barangan second hand @ lelong murah
Contohnya seperti beli buku second hand di paylessbook dekat
Carrefour Subang Jaya atau memana tempat yang harganya kurang dari
separuh. Saya pernah beli majalah luar negara dengan harga yang jauh
lebih murah, isi kandungannya lebih penting walaupun dah second hand
tapi ia tetap mendatangkan pulangan yang lebih baik. Namun begitu anda
juga boleh beli di mana-mana web lelong yang menawarkan jualan buku
second hand termasuklah di www.lelong.com.my
Lain-lain barang lelong juga boleh dipertimbangkan, misalnya kerusi,
meja atau barangan bukan elektrik. Kalo mcm laptop, pda, phone tu
boleh cuba asalkan masih ada warranty dan kualiti masih ok. Memang
banyak kelemahan kalo beli barangan elektronik second hand but kene
berhati-hati dan teliti.
3. Musim Promosi & Megasale
Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut banyak
tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda
boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim
promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda.
Saya pernah beli satu set meja tulis dan kabinet yang mana harganya kini
sudah meningkat 2 kali ganda selepas tamat tempoh bulan kemerdekaan
Malaysia. Ia cukup berbaloi kerana kualiti bagus harga pula jauh lebih
murah pada waktu promosi.
4. Manfaatkan kelebihan iTalk & MyMode
Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan
iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco
lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan
pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau sebaliknya.
Bagi mereka yang nak wat bisnes part time di samping jimat duit prepaid
boleh juga try Bisnes MyMode. Jika anda student IPT atau kolej ia boleh
menjadikan anda kedai topup bergerak yang paling efisien. Malah anda
boleh beli pakej italk dengan guna sistem mudah sms MyMode berbila
masa saja tanpa susah payah jumpa tokei kedai.
MyMode satu-satunya company jual topup yang dapat menyakinkan
pihak Maybank utk meletakkan fungsi beli point mymode di ATM Maybank
seluruh Malaysia. Ini satu kelebihan yang cukup istimewa bagi mereka.
5. Kitar Semula / Recycle
Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol,
kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah
disediakan di setiap negeri.
Sila rujuk web kitar semula untuk lebih lanjut, ia membolehkan anda
dapat wang poket lebih di samping menjaga persekitaran yang lebih
bersih.
6. Gunakan banyak Member/Privillege Card
Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card
dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukarkan
hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan
pada waktu-waktu tertentu.
Jika anda selalu isi minyak petrol di Shell boleh guna Bonus Link untuk
dapatkan point, begitu juga di Petronas dan Carrefour boleh gunakan
kad Real Rewards untuk kumpul point lebih banyak bagi menukarkannya
dengan hadiah yang sesuai. Jadi ia taklah rugi sangat kerana kita akan
dapat something yang ada nilai.
7. Beriadah di tempat awam
Kalo bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar
beberapa ratus ringgit sebulan, better boleh jimatkan duit anda dengan
berjogging sendiri di tempat² reakreasi awam, boleh juga bersenam
dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula
kedudukan, ataupu buat latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi
pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kene bijak gunakannya
saja.
Di samping beriadah dan bersenam kita jaga kesihatan dan kurangkan
risiko kena penyakit. Saya selalu jogging di tasik perdana di hujung minggu,
di samping dapat tengok alam yang indah dan tenang kita juga boleh
menambah senarai rakan baru dengan bersosial dengan lebih ramai org
baru semasa berjogging atau bersenam di tempat awam.
8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan
Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak
tengok wayang, konsert artis barat, clubbing dan sebagainya better tak
perlulah keterlaluan sangat.
Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang
bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan berinspirasi.
Tak pun beli ebook berinformasi yang boleh menjadikan anda
kaya. Di sini ada offer kalo nak ebook jutawan percuma jika anda ushar
tawaran bonus yang hebat ini.
9. Kurangkan makan di fast food restaurant
Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana
ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak
berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, better rancang
pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja.
Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai yang banyak
kalori dan kandungan kolestrol yang tinggi. Saya dulu selalu makan
di kedai mamak terutamanya roti canai yang guna minyak sapi. Setiap
kali breakfast mesti makan roti canai dan kesannya dalam masa 9 bulan
kolestrol didapati tinggi di dalam badan.
Sehubungan itu better berhati-hatilah dengan tempat makan di luar
rumah. Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada
perasa dan perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita.
10. Masak & Makan di rumah
Ini salah satu cara nak jimat duit, kalo teh kat luar sana dekat
RM1.00 manakala kalo buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun
segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan/minuman yang
boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.
11. Rancang perjalanan & jimat petrol
Sekarang ni petrol dah mahal, so kenalah bijak dalam menggunakan
kenderaan terutamanya kereta. Bagi mereka yang gunakan bas
perkhidmatan awam mmg boleh jimat kalo hendak nak ke mana-mana
sekalipun. So better buat perancangan teliti, kalo kuar rumah ke tempat
kerja tak perlu berulang alik banyak kali dalam sehari. Misalnya nak beli
keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum balik rumah. Singgah dulu
ke pasaraya memana.
Jika kuar ujung minggu, selesaikan urusan dalam masa satu hari kalo
sempat. Manakala hari lain anda boleh basuh kereta dan periksa tayar
bagi cukup angin dan segala berkaitan enjin kereta atau motor supaya
boleh berjalan dengan baik. Elakkan letak barangan berat dalam kereta
setiap hari, sebabnya setiap 10kg ada effect dalam penggunaan petrol
yang lebih banyak.
12. Semak bil utiliti bulanan anda
Ini satu kaedah yang lebih praktikal. So kumpulkan bil² utiliti anda seperti bil
elektrik, telefon, internet, air, astro dan apa² langganan bulanan. Ini semua
untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.
Kalo rasa astro atau langganan majalah URTV boleh dihapuskan, better
buatlah begitu. Ini kerana hiburan semacam itu kita boleh hidup walau
tanpa kewujudannya. Semaklah bil anda elok² kalo ada bil tinggi
sebab penggunaan yang tidak teratur kenalah reorganize semula.
Misalnya bil telefon atau fax tinggi, eloklah cakap
atau guna bila perlu sahaja tak perlulah nak bergayut
lelama.
13. Jimat letrik & air
Ini saranan berikutan semakan bil utitliti setiap bulan. Kalo nak
jimat letrik lebih banyak better berjaga-jaga dengan alat² pemanas
seperti seterika atau cerek yang guna letrik banyak. Mcm seterika
ni eloklah ‘iron’ semua baju kerja atau pakaian rasmi di hujung minggu.
Tak perlu kalut nak seterika di awal pagi kerja. Dengan penggunaan
sekaligus ia lebih jimat masa dan penggunaan letrik setiap hari.
Begitu juga dengan aircond, kalo nak bagi sejuk kena pastikan
kawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Kalo tak peralatan aircond
akan guna letrik lebih tinggi untuk bagi menyejukkan bilik yang terbuka.
Kalo tak pakai aircond pun bagus juga, guna kipas saja lebih jimat bil
letrik lebih banyak.
Tutup suis plug tv, radio, monitor pc kalo tak digunakan. Monitor CRT
lebih banyak makan letrik dari LCD. So kalo guna laptop atau lcd monitor
juga boleh jimatkan penggunaan tenaga.
Penggunaan air kenalah kena pada tempatnya. Tak perlulah basuh lantai
atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda buat
kerja rumah sekaligus. Tambah lagi eksesais bagi senaman badan yang
menyihatkan. Tapi kalo kotor kenelah bersihkan rumah seeloknya. Yang
penting jangan membazir untuk mengelakkan bil letrik atau air tinggi.
14. Kelebihan PruBSN Takaful Medical Card
Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh pertimbangkan takaful atau
insurans untuk dapatkan kemudahan pampasan sekiranya berlaku
kemalangan, sakit atau yang boleh memudaratkan diri. Contohnya
saya dapatkan PruBSN Takaful Medical Card yang boleh digunakan
banyak di hospital seluruh Malaysia termasuk tip top medical center
seperti Gleneagles Hospital, Ampang Putri, Damansara Specialist
Center dan sebagainya.
Dengan hanya memperuntukkan sebanyak R100 atau RM150 sebulan
anda mendapat pampasan sebanyak RM24,000 hingga RM150,000
sekiranya berlaku kemalangan atau sebarang kejadian yang tak dingini.
Ia sebenarnya suatu nilai yang jauh lebih menguntungkan !
Jika anda mengambil juga plan Takaful Saver ini bermakna anda mendapat
peluang pelaburan yang boleh di’cash’kan pada tahun yang ke-7 … Di
samping menyimpan turut mendapat perlindungan. Ini satu peluang yang
lebih nilai untuk wang anda !
15. Tukarkan ‘garbage’ kepada ‘money’
Jika anda ada peralatan atau barangan yang dah tak guna
boleh lelong atau jualnya di memana online auction. Contohnya
macam saya dah dapat digicam baru dan ingin sedekah menjual
sebuah digicam lama yang masih boleh berfungsi dengan harga
starting bid price RM5.00 (x termasuk delivery) di lelong.com.my ..
Beberapa hari berikutnya ia akan menjadi lebih tinggi nilai sehingga
mencecah RM100.00.. Ini kebaikannya, daripada beri begitu sahaja
eloklah kita buat lelong terbuka di samping dapat duit lebih. Ia tak
merugikan malah menguntungkan lagi.
16. Guna Kad Kredit dengan Bijak
Boleh juga jimatkan duit dengan guna kredit kad jika anda membayarnya
tepat pada masa. Jika terlebih masa sure akan dikenakan interest
tetapi jika anda bijak gunanya akan dapat point malah maybe memenangi
peraduan yang ditawarkan.Contohnya guna kad kredit Islam Ambank
at-Taslif yang menawarkan 1 point bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan.
17. Beli domain & hosting masa promosi
Masa saya menulis ebook ini promosi masih berlangsung di
www.cgyhost.net iaitu salah satu provider yang sedang meningkat
naik di Malaysia.
Bayangkan domain harga serendah RM25 masa promosi yang
mana anda diberi domain panel untuk point kepada memana
hosting server yang telah anda pilih. Anda juga boleh beli di namecheap.
com dengan search namecheap coupon untuk mendapatkan kupon
harga terendah.
18. Dial Up vs Streamyx
Bagi anda yang selalu online dan sentiasa gunakan Internet maka pilihan
terbaik adalah guna Streamyx berbanding dial up. Jika anda terpaksa
membayar beratus ringgit sebulan untuk akses Internet, eloklah fikirkan
pakej Streamyx RM77 sebulan dengan akses 24 jam tanpa henti.
Ia jauh lebih menjimatkan dan menguntungkan jika buat Ebiz part time.
Malah boleh dapatkan pelbagai free stuff yang ada di RahsiaEbiz,
TotallyFreebie , SassySue.Com dan banyak lagi...
19. Bayar Bil Online
Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa dengan lebih praktikal.
Anda boleh cuba bayar bil letrik, air, streamyx, telefon semuanya dengan
melalui internet sama ada guna Maybank2u, Ambank Online, Bank
Islam.Biz dan lain-lain perbankan Internet. So kat sini tak perlulah nak
kuar gi beratur kat kaunter, bazirkan duit minyak dan parking kereta.
20. Berhenti Merokok
Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini
kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit dan
kesihatan. Walaupun ‘sedap’ dan ‘ketagih’ dengan rokok ia bukanlah satu
tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang lain.
Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulan
dalam lingkungan 1 kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan .. ini
bermakna kalo setahun jadi RM1800. Itu dah boleh buat melancong tu ke
memana-mana pulau percutian di Malaysia. So fikirlah yang mana paling
terbaik untuk diri anda. Jika nak berhenti boleh dapatkan ebook free How
To Stop Smoking di RahsiaEbiz.Com

Kesimpulan
Hakikatnya ada banyak lagi cara untuk jimatkan duit anda daripada
dibazirkan begitu sahaja. Ia bertitik tolak daripada kesedaran dan
perancangan kewangan yang teliti.
Walau apapun, rancanglah perbelanjaan anda dengan rasional. Teliti
setiap aliran masuk dan keluar, adakah ia menepati bajet dan keperluan
kita setiap hari ?
Pastikan anda menyimpan ‘savings‘ sekurang-kurangnya 10% daripada
jumlah pendapatan anda sebulan di dalam memana tempat pelaburan
islamik yang menguntungkan.
Jika anda mengalami masalah defisit atau hutang, ini bermakna perlukan
penyelesaian yang lebih ketat supaya dapat menyelesaikan hutang anda
dengan lebih tersusun
Jangan lupa untuk memberi zakat dan bersedekah amal jariah
kerana ia adalah salah satu rahsia tersimpan di mana Allah swt akan
melipatgandakan rezeki bagi mereka yang menginfaqkan harta mereka
ke jalan fisabilillah.
Dengan ini semoga diharapkan semua tips-tips ini akan memudahkan
anda merancang kewangan dengan lebih baik seterusnya memberi masa
depan yang lebih berjaya. Sekian wassalam :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

harapan n diterima

Jika kamu menadah air biarlah berpada,


jangan terlalu mengharap pada takungannya

dan janganlah menganggap ia begitu teguh..

cukuplah sekadar KEPERLUANmu.

Apabila sekali ia retak..

tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..

Akhirnya ia dibuang..

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya

mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,

TERIMALAH seadanya..

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan

janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA..

Anggaplah dia manusia biasa

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN

bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..

akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA

boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

cinta...

seorg sahabat pernah menulis....

Jgn mudah melafazkan cinta...kelak kekecewaan akan menanti
Hakikatnya..cinta perlu disemai dan dijagai selalu..

Jika ada yg sayang....jgn sesekali melukainya......Namun
jika ada yg benci...pedulikan
mungkin dalam hati mereka keliru akan dirimu

cinta...ungkapan yg tidak asing
namun...ia juga agak mudah meniti di bibir
Namun....bagi gua

LOVE is RISK




 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

MANdi waJIB???

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

cuba renungkan....

Dajjal akan keluar apabila MasjidilAqsa tidak berazan selama 5 atau7 hari..
kemungkinan pada 21/12/2012.
Ramai orang fikir itu tarikh kiamat.

TIDAK!


Nabi Isa tidak turun utuk berdakwah lagi selama 7 tahun! Dajjal ada 30.
Semuanya akan insaf sebelum mati.
Dikatakan dajjal akan berkuasa selama 44 hari atau tahun.

Jangan takut.
 
Dajjal tidak boleh masuk :
1. baitul maqdis
2. mekah dan
3. madinah.
 


Ya'juj dan makjuj tidak muncul lagi.
Kaum yang telah dkepung dan diperangkap oleh raja zulqarnain dan kaumnya membina dinding tinggi yang diperbuat daripada besi dan tembaga.
Haiwan yang aneh tidak keluar lagi.
Haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman..
Matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat masih terbuka.
Kekurangan gempa bumi & gunung berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu mereka bencana terbesar di dunia.
Laut akan kering dan menjadi gurun.
Neraka jahannam akan terbuka pintunya.

 
Kiamat akan berlaku apabila tiada orang menyebut nama ALLAH.
Sebarkan kepada orang lain terutamanya umat islam.
Sesunguhnya kiamat adalah jari hantu dan kelahiran Rasul Allah SAW adalah jari telunjuk.
Betapa dekatnya kiamat itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

taktik baru perogol...

Forwarded from another emails.
Dunno whether this is true but just to be on the safe side.

Sesuatu perkara seumpama ini perlu bertindak dengan pengetahuan orang lain terlebih dulu sebagai panduan, pandangan atau teman bersama lebih lagi
pada wanita....'elok kongsi cerita ni ngan kawan-kawan'

 Untuk Peringatan Teman2 Semua...

Hal ini berlaku di KL baru2 ni.. Saya dapat tahu dari kakak ipar saya cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini.

Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat
rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong  di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya.

Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya.  Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti  kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

sungai di dalam lautan

ALLAH IS GREAT !!!!!!!!!!!! !!!!!!!!!
Kisah Air Masin & Air Tawar

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. " (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti
kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr.. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

thanks the great...














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

karenah mereka...mengusik hatiku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Youth cLub...MALAYSIAN

I am a member of YouthSays.com where I actually get rewarded for my opinions. Would you join me? There are enough rewards to share with everyone

 

MALAYSIAN~YOUTH CLUB 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

disco arab ditelan bumi

amek la ikhtibar......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jika neraka tiada....

Renungan untuk kita bersama ( fr0m TECHN0B0YZ_gEmpAk.oRg))


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar Membangun Bersama Islam, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda lasetelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, ..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang? Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab ik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan lulus percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu baik. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?; tanya ustaz.
Ahmana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.. rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?
Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
Walahualam bisowab
p/s : fikir2 dan renungkan..dan selamat beramal..


Sumber: Facebook

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

red alert 3...

klu pkai RAM >1.5GB...mmg lagging


click here to 'get tired downloading file'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

utk semua lelaki di Malaysia

ni gua ad save cite ni dlm laptop...da x igt tyme ble gua save n cri artikel ni...


teringat pasal satu story... seorang lelaki balik rumah... dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut... ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci. mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam

lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas "kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ... .NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI... ... .

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmm lah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utkdipakai. Toilet dah mula licin berdaki... lantai dah berbelak, tak dimop... Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun... .belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri... begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya.. > So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!! So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter... . pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

petua (tidur)

• Berdoa agar dapat tidur malam, seperti doa diajarkan Rasulullah s.a.w kepada Zaid bin Thabit, diriwayatkan at-Tabrani dan Ibnu Sunni: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau Maha Berkuasa. Wahai Yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.”
• Biasakan tidur mengikut jadual.
• Buat satu peraturan yang tetap. Contohnya tidur di tempat yang sama, biasakan menutup televisyen, telefon, gosok gigi dan sebagainya.
• Tidurlah dalam suasana dengan kadar kegelapan yang sesuai, suhu yang selesa, supaya tidak terlalu panas.
• Tidur yang berkualiti lebih baik daripada tidur yang panjang, tetapi tidak menghilangkan kepenatan
• Dengar kepada sesuatu sehingga anda berasa penat.
• Makan makanan yang tinggi karbohidrat agar anda dapat tidur yang lebih kualiti. Kurangkan minum air yang boleh mengganggu keselesaan tidur
• Bangun tidur beransur-ansur, tarik dan hembus nafas
• Berfikir positif terhadap tidur itu sendiri, tanpa rasa bersalah melakukannya. Kajian di Sekolah Perubatan, Universiti Athens, menunjukkan mereka yang tidur pada waktu tengah hari dapat mengurangkan kebarangkalian ditimpa sakit jantung sebanyak 30 peratus.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

himpunan petua tradisional

1. MENURUNKAN BERAT BADAN

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
• Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.


3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.


4. UBATI SAKIT DADA

Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.


5. HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.


6. RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.


7. SIMPAN KELAPA PARUT

Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.


8. MENGHILANGKAN KEDUT

Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.


9. PENYERI MUKA

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.


10. GARAM UBATI SAKIT GIGI

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.


11. MULUT BERBAU

Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.


12. IKAN KERING TIDAK BERULAT

Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.


13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.


14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK

Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.


15. HILANGKAN DARAH TINGGI

Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.


16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU

Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.


17. CARA CUCI BARANGAN PERAK

Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.


18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN

Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.


19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR

Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.


20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU

Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.


21. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT

Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.


22. PENAWAR BISUL/KUDIS

Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.


23. CARA HILANGKAN GRIS

Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.


24. PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA

Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga subur menghijau.


25. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT

Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.


26. BILA NASI BERBAU HANGIT

Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.


27. UBAT DEMAM MALARIA

Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.


28. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL

Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.


29. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)

Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.


30. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN

Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.


31. ELAK DARI MELECUR

Apabila bahagian tubuh anda tersiram air panas terutama yang sedang mendidih, cepatlah ambil sabun. Tidak kira sabun batang, serbuk atau sabun mandi. Gosoklah bahagian yang terkena air mendidih tadi dengan air sabun secara perlahan-lahan tetapi terus-menerus tidak berhenti. Hinggalah bahagian yang tersiram air panas itu tidak merasa panas lagi. Dengan cara itu, bahagian yang tersiram air panas itu tidak melepuh dan akan segera sembuh.


32. BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK

Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara, taburkan bedak di atasnya lalu anda getak-gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.


33. BAGAIMANA SEGARKAN TAUGE

Tauge akan lebih lama segar di dalam peti sejuk sekiranya anda memerahkan sedikit limau ke dalam air tempat anda merendamnya. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.


34. HILANGKAN DEBU DARI BUNGA

Biasanya bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi debu. Untuk mencucinya mungkin mustahil sama sekali. Tetapi cuba anda gunakan pengering rambut anda. Semburkan hembusannya ke arah bunga-bunga itu, dan mudah-mudahan semua debu akan diterbangkan.


35. CARA SUPAYA KEJU TAHAN LAMA

Kalau anda tidak mempunyai peti sejuk, cara untuk menyimpan keju ialah dengan membungkus keju itu kejap-kejap (rapat-rapat) dalam sehelai kain bersih yang dilembabkan denga air garam terlebih dahulu.


36. GULA UBAT LUKA

Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, anda jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.


37. PANAS TERKENA CILI

Kerana banyak memasak menggunakan cili boleh menyebabkan tangan dan jari-jari anda berasa panas memijar. uNtuk menghilangkannya mudah sahaja. Ambil setengah gelas air. Bubuh dua sudu makan garam dan kacau. Setelah garam hancur, gosokkan air pada tangan yang pijat itu. Kemudian hangatkan di depan api. Bersihkan tangan dengan air sejuk menggunakan sabun. Insya-Allah rasa panas dan pijar akan hilang.


38. MENGHILANGKAN BISUL

Apabila anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar yang bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana itu bila anda sedar akan terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisuk anda tidak sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.


39. TERKENA BISA IKAN KELI

Ikan keli (darat) atau ikan keli sembilang (laut) kedua-duanya mempunyai sengat berupa duri di sirip kiri kanannya. Sengat ini sungguh bisa apabila terkena manusia, sebab itu hendak menangkapnya terpaksa berhati-hati. Walaupun berhati-hati kadang-kadang terkena juga. Kalau ini berlaku kepada anda, lekas-lekaslah ambil dua hingga tiga sudu makan serbuk kopi, tuangkan sedikit air setengah mendidih, kacau hingga sebati. Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu, Insya-Allah bengkaknya hilang dan sakitnya segera sembuh.


40. BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA

Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.


41. LIMAU WANGIKAN RAMBUT

Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih. Selain daripada mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.


42. KHASIAT AIR BERAS

Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.


43. RAWATAN LEPAS BERSALIN

Cara yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin ialah dengan memarut dua ketul halia sederhana besar, campurkan dua sudu cuka. Gaul ramuan ini dan sapukan ke sekeliling pinggang. Cara begini akan mengelakkan pecah-pecah dan calar pada kulit perut. Selepas ramuan ini disapu, lilitkan bengkung seperti biasa sebagai satu rawatan menegangkan semula perut selepas anda bersalin.


44. UBAT SAKIT MATA

Masalah sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan kuman dapat diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah sahaja. Cucilah mata anda dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.


45. TAK PEDIHKAN MATA

Setiap kali menghiris bawang merah, pasti mata pedih dan berair. Bagi mengatasi masalah itu, selepas kulitnya dikupas, rendamkan dahulu dengan air garam kira-kira sepuluh minit. Kemudian barulah dihiris-hiris.


46. RAMBUT HITAM BERKILAT

Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam seminggu. Selamat mencuba.


47. DAUN NANGKA EMPUKKAN DAGING

Daging liat? Mudah empuk jika anda memasukkan beberapa daun nangka ke dalam rebusan daging anda.


48. HILANGKAN PAHIT PUCUK BETIK

Pucuk betik memang enak jika dicelur dan dijadikan hidangan dengan sambal belacan. Tetapi ada ketikanya daun betk yang diambil itu pahit. Untuk mrnghilangkannya, cuba anda masukkan beberapa helai daun jambu batu atau dua tiga biji buah pinang masak ketika merebusnya.


49. SUBURKAN POKOK BUNGA

Satu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil seberapa banyak serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata. Kemudian bolehlah ditanam di samping menyiramnya selalu.


50. BAYAM UBAT BANYAK PENYAKIT

Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan kandungan zat besi yang banyak. Rasanya agak manis dan sejuk. Kerana kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia), meredakan tekanan darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.


51. KACANG TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAH

Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan. Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati penyakit susah tidur (insomnia).


52. PENAWAR BISA LIPAN/LEBAH

Apabila seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja terasa di bahagian yang disengatnya, malah seluruh badan hingga ke rambutpun terasa sakitnya. Untuk mengubati bisa sengatan itu, segeralah ambil biji asam jawa. Biji asam itu ditumbuk sampai halus, tempelkan pada bahagian yang disengat. Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja, rasa sakit akan hilang.


53. MEREDAKAN BENJOL

Sekiranya kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu, kayu dan sebagainya hingga membenjol, segeralah ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan kacau hingga kedua-dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam dan garam itu ke bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit, benjolan itu akan mengecil dan mengempis, kemudian hilang sama sekali dari kepala anda.


54. BATUK

Banyak cara mengubat penyakit batuk. Antaranya ialah : ambil seperempat biji buah pala, setengah biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih. buah pala diparut, limau nipis diperah ambil airnya. Campurkan kedua-dua bahan itu menjadi satu dengan dicampurkan minyak kayu putih. setelah itu gosoklah dibelakang pesakit. Ramuan ini hanya untuk sekali pakai. Lakukan rawatan seperti ini dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah, penyakit batu akan segera sembuh.


55. BATUK BERTERUSAN

Penghidap penyakit batuk boleh menyebabkan badannya menjadi kurus. Baruk sering melanda di sebelah malam, sehingga pesakit tidak dapat tidur lena. Kalau berlanjutan, sisi rumah turut terganggu. Kalau keadaan seperti ini mengganggu diri anda, ubatilah dengan daun lidah buaya (ambil isinya sahaja), dihiris halus-halus kira-kira 20gm, kemudian dibubuh madu kira-kira 40cc. Ramuan ini diberi minum dua kali sehari selama lebih kurang tujuh hari.
Penderita perlu berpantang seperti berikut:
• Jangan terlalu banyak makan makanan manis
• Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)
• Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)
• Jangan makan banyak mekanan pedas
• Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.


56. PENAWAR PENGSAN

Sekiranya anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri, segeralah ambil air segelas dan bacakan ‘Ayat Kursi’ sebanyak sebelas kali. Sapukan air itu ke muka. Kepala dan badannya. Kemudian tiup pada telinganya sambil menyebut namanya (jika tahu namanya). Buatlah dengan tenang dan penuh sabar. Insya-Allah, dia akan sedar dari pengsannya.


57. BENGKAK BUAH DADA

Khusus bagi wanita, sekiranya selalu terasa sakit atau bengkak di pangkal buah dada, atasilah dengan petua ini. Ambil kayu atau teras pokok sepang. Asahkan dengan sedikit air. Campurkan sedikit kapur sirih. Sapulah ramuan tersebut berulang kali. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam.


58. BENGKAK DI BAWAH TELINGA

Penyakit ini sebenarnya bermusim dan mudah berjangkit. Jika ada di antara keluarga anda terkena penyakit nin, segeralah cari kayu sepang. Asahlah dengan mencampur sedikit kapur sirih. Sapukan pada keliling telinga. Atau Ambil sedikit nila dan cuka makan. Campurkan kedua-dua bahan itu dan sapu di sekeliling telinga yang bengkak. Insya-Allah, bengkak tersebut akan beransur hilang.


59. MENCANTIKKAN BETIS

Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin. Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.
Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga menjadi bersih.


60. URAT BETIS MENONJOL

Selalunya wanita hamil akan mengalami keadaan di mana urat betisnya akan menonjol, dan akan berterusan hingga sesudah bersalin. Ambillah segenggam kacang hijau, rebus dengan air bersih tanpa mencampur dengan suatu apa pun (tanpa gula, garam atau apa-apa ramuan lagi). Rebuslah sampai mendidih. Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah kulitnya, dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api. Minumlah air rebusan kacang itu bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Menjelang tidur, angkatlah kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat selama lebih kurang 10 minit. Lakukan setiap malam menjelang tidur. Insya-Allah, urta betis anda kembali semula seperti biasa.


61. RAMBUT SELALU GUGUR

Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.


62. ANAK SELALU KENCING MALAM

Jika ada anak anda berumur 5 tahun ke atas masih lagi kencing malam, cubalah ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah selama


63. KURANGKAN BAU CAT PADA DINDING

Dinding yang baru dicat terutamanya dalam bilik boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Apa kata letakkan sebesen air yang dicampur garam di dalam bilik itu dan biarkan ia semalaman di situ. Bau cat yang kurang menyenangkan itu, akan hilang perlahan-lahan.


64. HILANGKAN KESAN LEBAM BAWAH MATA

Bagi mereka yang memakai cermin mata, sudah tentunya di bawah mata akan kelihatan kasar dan hitam serta ada kesan lebam. Untuk mengembalikan kelembutan kulit pada bahagian itu, mudah saja. Ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 10 hingga 15 minit. Lakukannya pada sebelah malam sebelim hendak tidur. Tetapi ingat, selepas tempoh itu, bersihkan semula muka anda kesan positif beberapa hari kemudian.


65. ATASI MASALAH BULU KETIAK

Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.



66. DAUN PERIA UBAT KURAP

Jika ada antara pembaca yang dihinggapi kurap, ini ada petua mudah menyembuhkannya. Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih. Kemudian ramas-ramaskan daun itu dan gosokkan pada badan atau bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu. Lakukannya berulang-ulang kali pastinya kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya.


67. MEMBENTUK BULU KENING ANAK

Bagi ibu yang gemar melihat anak-anak mereka memiliki bulu kening hitam dan lebat. Ambil setangkai daun sirih, kemudian patahkan tangkai dari daunnya dan sapukan bahagian yang bergetah pada kening anak anda. Ambilkan setiap hari. Anda akan dapati tidak berapa lama selepas itu, kening anak anda menjadi lebat dan hitam menawan. Bagaimanapun, petua ini hanya sesuai diamalkan untuk bayi berumur hingga setahun saja. Bayi yang berusia lebih dari itu agak sukar sedikit.


68. HILANGKAN BINTIK MERAH KESAN CACAR AIR

Biasanya selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik merah dan ia agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil beberapa jagung muda, bersih dan parut halus. Kemudian gosokkan pada parut dan bintik merah pada seluruh tubuh berkali-kali. Hasilnya pasti memuaskan hati.


69. RAMBUT HITAM LAMBAT BERUBAN

Ada petua mudah untuk mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan juga lambat beruban terutamanya kalangan remaja hari ini. Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus dibuang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut anda gosok-gosokkan rambut anda dengan air rendaman hampas the tadi. Lakukan banyak kali. Selain rambut menjadi hitam berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut anda lambat beruban.


70. MENYEMBUHKAN DEMAM

Petua ini hanya sesuai untuk mereka yang deman biasa. Ambil segenggam daun betik. Bersih dan tumbuk hingga halus dan kemudian saring airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Insya Allah dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya. Jika demam tidak sembuh, jangan lupa berjumpa doktor.


71. KURANGKAN SAKIT GIGI

Sakit gigi amat menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan tidak boleh membuat kerja dengan selesa. Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.


72. ASAM GELUGUR UBAT SAKIT TEKAK

Dewasa ini dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai yang menderita sakit tekak. Petua mudah menghilangkan sakit tekak, ambil beberapa keping asam gelugur, dibakar hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya- Allah sakit tekak anda akan cepat sembuh.


73. KAIN BATIK TIDAK LUNTUR

Untuk mengelak kain batik luntur dan pudar warnanya, ambil beberapa helai daun batik, kemudian rebus dengan setengah periuk air. Apabila air mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam satu bekas. Masukkan kain batik dan rendam semalaman. Esoknya, cucilah seperti biasa dan jemur.


74. TOMATO, EPAL LICINKAN KULIT

Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru. Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.


75. RAMPING SEMULA JADI

Hendak kurus tanpa sebarang perbelanjaan? Cara paling senang ialah dengan mendisplinkan diri. Iaitu ketika suapan dikunyah 40 kali. Jangan sekali-kali makan berulamkan air. Petua ini sangat baik untuk mengelakkan perut buncit, selain dapat menghindarkan sakit pinggang.


76. WANGIKAN RAMBUT

Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan pada seluruh rambut dan kulit kepala, pada sebelah petang. Biarkan beberapa jam dan cucilah rambut anda dengan air bersih sebelum tidur. Hasilnya rambut anda menjadi wangi dan mencegahnya daripada beruban.


77. HILANGKAN SAKIT GIGI

Sakit gigi membuatkan anda serba tidak kena dan mudah marah. Untuk menghilangkan rasa sakit gigi, cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus. Atau ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu dikunyah-kunyah atau tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur. Boleh juga ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.


78. BENGKAK GUSI

• Gusi bengkak boleh diatasi dengan mencuba petua ini. Ambil 5 helai daun jarak, satu liter air bersih dan sesudu besar air kapur sirih. Rebuskan ramuan ini dan minum airnya.

• Petua kedua ialah dengan mengambil umbut nanas. Hancurkan dan campurkan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang bengkak.


79. GUSI BERDARAH

Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Campurkan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan apabila airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi anda luka, elok juga berkumur dengan air daun sirih.


80. PELEMBAB MUKA SEMULA JADI

Jika ingin berjimat dan tidak mahu membazirkan wang membeli pelembab muka, anda boleh menggunakan pelembab muka semula jadi. Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kubis sehingga halus dan gaulkan dengan kedua-dua bahan itu. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara menggunakan kapas lembab. Bersihkan dengan lembut. Pasti kulit anda akan sentiasa lembab dan tegang.


81. URUTAN WAJAH CARA BETUL

Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.


82. SERI DAUN INAI

Inai bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak kegunaannya. Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu memandang gunakanlah khasiat inai. Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita. Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira tiga cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah wajah anda berseri.


83. KHASIAT KUNYIT MUDA

Mingkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit muda boleh menaikkan seri wajah seseorang. Unutk mencubanya, dapatkan kunyit muda yang segar, bersih dan potongkan nipis. Jadikan ia ulam sewaktu anda makan nasi. Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang mentah, anda boleh mengambil ulam lain sebagai sampingan. Jika anda rajin mengamalkannya, wajah pasti akan berseri dan menawan


84. KEGUNAAN PUCUK JAMBU BATU

Jika anda ada masalah untuk menyembuhkan jerawat, gunakan cara tradisional untuk mengatasinya. Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan gilingkannya (atau ditumbuk) sehingga halus. Kemudian sapukannya pada bahagian yang ada jerawat. Pakailah selalu. Untuk menjadikan lebih mujarab, pakailah bersama-sama dengan bedak sejuk dan hasilnya tentu tidak mengecewakan.


85. CARA WANGIKAN ALMARI PEKAIAN

Daun pandan bukan saja menambah aroma dan keenakan nasi lemak dan juadah kuih-muih tradisional Melayu, tetapi ia juga boleh dijadikan bunga rampai dalam majlis pertunangan dan perkahwinan Melayu. Khusus bagi mereka yang inginkan almari pakaian sentiasa berbau harum menggunakan bahan yang murah dan bersih. Daun pandanlah jawapan terbaik.
• Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, kerat-keratkan kepada lebih kurang tiga sentimeter panjang dan letakkannya di dalam almari pakaian anda. Tukar kepada daun pandan yang baru selepas tiga hari.


86. ELAK BISA PAKU BERKARAT

Apabila kaki anda luka kerana terpijak paku yang berkarat, segera cari bawang putih yang berdaun. Buang kulitnya dan celupkan ia ke dalam minyak dan panaskan seketika di atas api yang sederhana besar. Kemudian segera tampalkan bawang putih itu pada bahagian yang luka tadi dan tukar bawang putih dua kali sehari. Ia dengan segera membuang bisa karat yang melekat dalam daging kaki anda. Jika keadaannya tidak pulih dan terus berbisa, segera jumpa doktor.


87. MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Ada dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
• Pucuk dan bunga betik. Caranya ialah dengan mencelurkan pucuk dan bunga betik itu hingga masak dan dimakan. Ia boleh dibuat kerabu atau dimakan sengan sambal belacan. Rasanya memang sedikit pahit, tetapi amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi.
• Daun kucai. Bersihkan secekak daun kucai dan dengan sedikit gula batu, kisar tanpa menggunakan air. Ambil pekatan yang dihasilkan itu dan embunkan semalaman. Kemudian boleh diminum pada sebelah pagi dan sebelum makan. Daun kucai amat baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi seperti bunga dan pucuk betik tadi. Amalkan selalu, insya-Allah hasilnya sungguh memuaskan.


88. UBAT KENCING LAWAS

Bagi mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tanda-tanda awal ada penyakit batu karang, ambil beberapa biji lobak putih dan batang kangkung dengan akarnya sekali. Bersihkan kedua-dua bahan ini dan rebus pada kadar air yang sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan air menjadi agak-agak suam, barulah diminum. Petua ini selain dapat melawaskan kencing, juga dapat memecahkan batu karang yang belum serius.


89. ATASI SAKIT TUMIT KAKI

Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat. Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kualai menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.


90. MENGHILANGKAN PAHIT DAUN BETIK

Bagi anda yang suka makan daun betik sebagai ulam, anda boleh menghilangkan rasa pahit daun betik itu dengan mencampurkan daun senduduk ketika merebusnya.


91. UDANG SENTIASA SEGAR

Supaya udang tidak busuk dan sentiasa segar, perahkan air asam limau nipis ketika anda hendak menyimpannya dalam peti sejuk. Cara ini boleh menjadikan udang sentiasa segar dan tahan lebih lama.


92. MENCUCI TAPAK SETERIKA BERKARAT

Mencuci tapak seterika yang kotor ada caranya. Petuanya adalah dengan menabur sedikit garam halus ke atas kertas tisu, kemudian gosok pada tapak yang kotor tadi. Lakukan beberapa kali dan anda akan dapati kotorannya akan hilang.


93. KEBAIKAN KEPALA, TAHI IKAN BILIS

Campurkan kepala dan tahi ikan bilis ke dalam manakan ayam. Ia berzat dan berkhasiat untuk binatang. Jika direndam selama beberapa hari dan disiram pada pokok bunga, ia menyegarkan pokok.


94. SEGARKAN URAT SARAF DENGAN DAUN SERAI

Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu berasa letih dan lesu, untuk mengembalikan kesegaran surat sarat anda boleh gunakan daun serai, daun pandan dan daun nangka yang direbus. Biarkan air tersebut menjadi suam kuku setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandian selama tiga hari. Anda akan dapati bahan yang letih lesu itu akan sembuh dan akan bertenaga kembali.


95. UBAT SAKIT BENGKAK TEKAK

Jika anda mengalami sakit tekak, memang sukar untuk menelan terutama makanan yang keras, untuk merawatnya, ambilkan air didih nasi sebanyak satu cawan, minumlah air didih nasi itu, lakukan cara ini beberapa kali sehingga rasa perit dan sakit kerongkong anda sembuh.


96. DAUN RAMBUTAN MERAWAT GATAL KULIT KEPALA

Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali.


97. SANTAN TIDAK PECAH MINYAK

Kebanyakan suri rumah terpaksa menunggu untuk mengacau santan apabila memasak kuah lemak atau kari. Bati memudahkan kerja, letakkan senduk di dalam periuk dan gunakan api yang kecil. Santan tidak akan pecah minyak.


98. ATASI SINKI TERSUMBAT

Cuba masukkan beberapa banyak aram kasar di dalam saluran sinki tersumbat. Selepas itu tuangkan air panas baru mendidih di dalam lubang sinki. Ulang beberapa kali hingga perjalanan air lancar semula.


99. IKAN TIDAK BUSUK

Bagi ibu bekerja, biasanya ikan dibeli untuk dua atau tiga hari dan disimpan di dalam peti sejuk. Namun adalanya bekalan electrik tiba-tiba terputus dan menyebabkan ikan jadi busuk. Jangan bimbang kerana masih ada cara untuk mencegahnya. Caranya, ambil ikan yang telah disiang dan dicuci bersih, gaulkan ikan ini dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Nasi mestilah benar-benar sejuk kerana nasi yang panas atau suam akan menyebabkan ikan busuk. Esoknya basuh ikan itu seperti biasa.


100. SAYUR DICELUR TETAP SEGAR

Campurkan sedikit minyak masak ke dalam periuk berisi air rebusan. Setelah sayur-sayuran dicelur, toskan airnya. Hasilnya sayu-sayuran ini akan nampak segar dan berkilat.


101. TEMBIKAI TAHAN LAMA

Tembikai mudah layu dan busuk jika disimpan lama. Bagi mengelakkannya, sapukan kapur makan di pangkal tembikai. Insya-Allah, tembikai tidak mudah busuk dan tahan lama.


102. MENGHILANGKAN BAU TANDAS

Hampas kopi jangan dibuang kerana ada kegunaannya. Ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya ialah masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.


103. BELIMBING BULUH UBAT DARAH TINGGI

Belimbing buluh bukan saja kaya vitamin C malah ia boleh dijadikan pencuci mulut selepas makan walaupun rasanya sedikit masam. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rencah masakan untuk menambahkan kelazatan makanan terutama apabila memasak gulai lemak cili api ikan sembilan, juga berkhasiat kesihatan. Belimbing buluh dikatakan boleh menghilangkan penyakit darah tinggi dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda dua biji sehari. Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah anda. Ketika ini anda juga dinasihat mengurangkan pengambilan garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.


104. GARAM HILANGKAN SAKIT TEKAK

Garam banyak kegunaannya kerana ia bukan saja dijadikan bahan terpenting dalam masakan tetapi boleh menghilangkan sakit tekak yang biasanya berpunca daripada cuaca panas. Berkumurlah dengan air garam dua kali sehari, pasti tekak anda terasa lega. Caranya, anda cuma perlukan tiga camca garam dan dibancuh dengan setengah gelas air sejuk dan berkumurlah setiap hari hingga sakit tekak hilang.


105. HALIA ATASI MASALAH KEMBUNG PERUT

Halia bukan saja menjadi perencah masakan tetapi juga berguna untuk dijadikan ubat kembung perut. Dengan mengambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk tetapi jangan sampai lumat, masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas mendidih anggaran setengah gelas. Tutup permukaan gelas itu dengan piring selama 10 minit, tapis dan jadikan dua bahagian. Sebahagiannya anda minum dan sebahagian lagi disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya perut anda terasa kembung lagi, ulang meminumnya hingga perut berasa lega.


106. KULIT BUNGA TANJUNG HILANGKAN JERAWAT

Ada banyak kaedah tradisional yang digunakan untuk menghilangkan jerawat. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan kulit pokok bunga tanjung. Cara membuatnya mudah saja. Ambil lapisan dalam batang pokok itu, giling halus-halus dan jadikan ia bedak. Sebelum disapukan pada muka, campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air. Sapukan pada muka terutama pada bahagian yang berjerawat pada sebelah malam sebelum masuk tidur. Jadikan ia amalan harian. Anda akan lihat perubahan pada wajah anda.


107. MENJADIKAN GIGI PUTIH BERSIH

Untuk mendapatkan gigi yang putih bersih, ambil sebiji pinang dan dibakar hingga hangus. Kemudian tumbuk hingga ia menjadi serbuk. Simpannya di dalam bekas kedap udara, apabila hendak digunakan, sedikit garam dan gosok-gosokkan ia pada gigi dengan menggunakan jari. Lakukan selalu pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur.



108. MENGHILANGKAN BAU KETIAK

Sekiranya anda bermasalah badan berbau hangit dan kurang menyenangkan, cuba pula cara ini. Ambil sebiji limau kasturi, belah dua dan gosokkan kedua-dua belah ketiak anda dengannya. Amalkan seminggu sekali sebelum mandi. Insya-Allah masalah badan berbau semakin berkurangan dan akan hilang dengan perlahan-lahan.


109. MELEBAT BULU KENING

Biasanya, kening yang cantik bukan saja elok terbentuk tetapi juga hitam lebat. Untuk melebatkan bulu kening ambil isi kelapa tua sebesar dua jari. Kemudian bakar di atas api sederhana hingga ia menjadi hitam. Selepas itu, angkat dan biarkan ia sejuk dan bolehlah disapu pada bulu kening. Jika rajin mengamalkannya, kening akan menjadi lebat dan hitam menawan. Selamat mencuba.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS