pK

Pantun nasihat


Pak Ali membeli tebu,
Tebu dijual si anak Cina;
Jangan kita menderhakai ibu,
Nanti kelak hidup merana.

Sayang Cik Timah membawa bekal,
Bekal dibawa nasi kerabu;
Hidup jangan nakal-nakal,
Kelak akan di marahi ibu.

Pergi ke kedai membeli pahat,
Pahat diletak di atas lori;
Janganlah kita membuat jahat,
Kawan benci kawan lari.

Pagi-pagi pergi perigi,
Ambil air untuk mandi;
Jangan kita menyombong diri,
Ke mana sahaja akan dibenci.

Pergi ke kilang mengambil tong,
Tong dibawa menaiki lori;
Jangan kita bercakap bohong,
Jika besar menjadi pencuri.

Jika beli buku baru,
Mesti dibaca setiap hari;
Jika melawan cakap guru,
Pelajaran kita tak akan diberkati.

(ntah cane leh ad kt folder My Document gua time tgh 'disc cleaning' )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cinta VI






Cinta ibarat rama-rama.....terbang bebas, cantik dengan warna-warna menghias dirinya. Usah ditangkap akan ia...kerana itu tidak mendatangkan kebahagiaan buatnya. Kebebasannya dirampas....Biarkan...biarkan ia bebas terbang ke mana ia mahu. Kelak, apabila ia letih..ia akan hinggap pada bunga yang mekar. Maka..jadilah umpama bunga mekar..biar cinta(rama-rama) itu datang dengan sendirinya. Kebahagiaan adalah dengan berkongsi suka-duka...kerana cinta itu RISIKO. hanya yang bersedia mampu menanganinya bersama...makin utuhlah cinta yang bersemi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS