pK

petua mengatasi kepenatan


Dalam menguruskan kehidupan seharian, kita terpaksa menghadkan aktiviti akibat kepenatan.
Kepenatan juga menjadi halangan kepada kita untukmempertingkatkan amal ibadah. Kepenatan
 juga menjadi alasan yang kukuh bagi kita untuk mengelakkan dari membuat kerja-kerja 
amal kepada masyarakat.
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun 
di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri 
kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
 
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang 
kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
 Saidina Ali berkata :
 "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah
 seorang khadam untuk membantu mu."
 
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan 
seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
 tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi
 menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:
 
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu 
minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah)
 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. 
Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
 
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi 
meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
 Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.
 Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."
 
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai 
kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 
'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada 
setiap malam isitu sebelum melelapkan mata.
 Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk 
Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.
 Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "petua mengatasi kepenatan"