pK

Dia yang lebih memiliki..

kisah ini terjadi sebelum era kemajuan alaf baru...abad ke-21
dimana masing-masing semakin mencari-cari dan sibuk menambah
harta serta pemilikan seiring dengan kepesatan ekonomi dan
pembangunan.

    Seorang lelaki dari negara barat yang gemar mengembara
demi mencari ilham untuk penulisannya berkunjung ke Asia Barat.
Sepertimana perjalanan dia sebelum ini..masanya tidak
ditetapkan untuk berada di sesuatu tempat. Kebiasaannya dia
akan menyewa sebuah bilik samada di hotel atau rumah tumpangan
biasa. Namun kali ini, dia lebih gemar untuk menghabiskan masa
berjalan-jalan meninjau suasana tanah arab.

    Tiba di sebuah pekan(pada pandangannya) di suatu petang,
dia melihat kelibat peniaga dan pengunjung sibuk menguruskan
hal masing-masing. Malah ada peniaga yang berdiri di hadapan
kedai cuba menarik perhatian agar membeli barangannya. Suasana
sebegitu tidak menarik minat lelaki itu kerana mungkin ianya
terlalu biasa dilihat atau dalam jangkaannya. Kerana terlalu
lama berjalan, dia terfikir untuk singgah ke kedai sekadar
untuk meninjau barang jualan yang mungkin membuatnya terdetik
untuk membeli.

    Setelah keluar dari kedai tersebut dengan tangan kosong,
lelaki itu melihat dari jauh kelihatan sebuah kedai menjual
perhiasan wanita. Dalam hatinya berbisik, mungkin ada sesuatu
yang boleh dibeli untuk dihadiahkan kepada ibunya. Sebelum
sampai ke kedai, kedengaran azan dilaungkan dari masjid
berdekatan. Sayup-sayup suara bilal menyusupi setiap lorong
di situ. Suasana riuh-rendah tadi menjadi bisu dan kelihatan
orang ramai termasuk peniaga mula mengorak langkah menuju
ke masjid. Tatkala azan hampir berhenti, suasana lengang jelas
kelihatan dan kedai-kedai yang masih banyak dibuka. Cuma terdapat
dua orang berpakaian polis yang meninjau dan mengarahkan peniaga
yang masih berada di kedai agar sama-sama menuju ke masjid
menunaikan kewajipan mereka.

    Lelaki itu seakan kaku melihat suasana sebegitu,
berdiri di hadapan kedai yang ingin dikunjunginya tanpa
membuka sebarang langkah. Dia risau, jika sebarang langkah
yang diambil mungkin boleh membuatnya ditangkap dan didakwa
lebih-lebih lagi jika kelihatan cuba mencuri. Tanpa berfikir
panjang, dia menunggu dan terus menunggu para peniaga kembali
 terutamanya empunya kedai di hadapannya.

    Sebelum setengah jam berlalu, kelibat manusia tadi
mula datang kembali dan menyambung aktiviti masing-masing.
Si empunya kedai tersebut turut kembali dan kehairanan melihat
 lelaki itu tercegat di hadapan kedainya. Dia menyapa, 'kenapa
tuan berdiri sahaja disini, kan bagus jika terus masuk ke
kedai...malah saya ada sediakan kerusi untuk pelanggan'

    Lelaki itu menjawab, 'saya khuatir akan ditangkap atas
tuduhan menceroboh, lebih-lebih lagi tiada orang lain dalam kedai
ini..jadi saya tunggu sehingga tuan kedai datang' . Dengan pantas
si empunya kedai membalas..

    ' tuan usah khuatir..lagipun ada banyak barang-barang dalam
kedai saya. jika tuan berkenan, silalah ambil tanpa perlu meminta
kepada saya. saya cuma seorang peniaga..barang-barang ini bukan
milik saya'. Timbul tanda tanya di fikiran lelaki tersebut, lantas
terus bertanya kembali.

    'barang-barang ini semuanya milik Allah..kalau tuan lebih
memerlukan dari saya, ambillah. saya cuma hambaNya..tidak berhak
memiliki segala kepunyaanNya demi kepentingan saya. bahkan udara
yang saya hirup ini, bila-bila saja akan diambilNya', si empunya
kedai menjawab dengan penuh tenang sambil tersenyum. Mendengar
jawapan itu, lelaki itu merasakan hatinya bergetar..terkedu. Lantas
terus beredar dari situ..dalam perjalanan, dia terfikir untuk
menyewa sebuah bilik agar dapat dia menenangkan diri atas peristiwa
tadi.

    Setelah selesai urusan menyewa bilik di sebuah rumah
tumpangan tidak jauh dari pekan tersebut, lelaki itu terus baring
di atas katil..cuba melupakan perbualan tadi. Namun, masih terngiang-
ngiang di telinganya kata-kata terakhir si empunya kedai. Dalam
tidak semena-mena..hatinya menjadi terharu seakan mahu menangis.
Betapa indahnya Islam sehingga penganutnya tidak langsung tertipu
dengan kemewahan dunia.

    Pada lewat malam, lelaki itu keluar menuju ke masjid
berdekatan dengan pekan itu. harapannya agar dia dapat berjumpa
dengan seseorang  yang dapat membantu dia mengenali Islam. Kebetulan
seorang jemaah sedang membaca al-Quran ketika itu. kerana jarak yang
tidak sebegitu jauh..lelaki itu seraya memanggil. Setelah berhadapan,
hampir tidak putus-putus soalan di ajukan..segala yang melibatkan hal
Islam termasuk kewajipan(fardu) ke atas orang Islam. mendengar jawapan
dari jemaah tersebut..hati lelaki itu berasa sangat tenteram. Lantas
dia menyuarakan keinginannya memeluk Islam kerana dalam hatinya sedar
bahawa ilham yang selalu dia dapat untuk menulis pun datang dari Tuhan
agama yang baru dia anuti....ALLAH taa'la


   


[kisah seorang penulis Kristian yang memeluk Islam]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Dia yang lebih memiliki.."