pK

prince of drift, TENGKU DJAN


                let support him
round 1 in Round ! in USA

next , Formula Drift Indonesia in October 2010

  
let support him...m0re in photo gallery






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

langkah-langkah sekiranya ditahan oleh polis.. [dari gempak.org]

APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

 BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu
pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal.
   >> HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad
      pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawab lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan
nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

 JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawab apa-apa lagi soalan yang diajukan
    kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawab apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.

 JIKA ANDA DITAHAN
a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda.
     Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran
     Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai
    polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang
    Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

 KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA............. Mengapa anda ditahan

 SELEPAS DITAHAN
a. Pihak polis hanya boleh menahan anda di dalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira
   samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda.
   Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret
   untuk direman (di mana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika
   tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di
   mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya
   bukan dakwaan yang berjamin
b. Anda tidak boleh membawa sebarang barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang
  sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti
  menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit,
  pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda
  ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.
c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang
    mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

SOAL SIASAT POLIS
a. Berhati-hatilah semasa menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin
   dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk
   menenangkan anda. Fikir berulang kali sebelum menjawab kerana ia boleh digunakan untuk
   menentang anda semasa di mahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka
   mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan
   yang mesra.
b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan
   butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu
   nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan
   anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika
   bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh
   digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua
   soalan-soalan lain tersebut seperti ini:
          S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
          J: saya hanya akan menjawab semua soalan di mahkamah
         S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
          J: saya hanya akan menjawab semua soalan di mahkamah
         S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
          J: saya hanya akan menjawab semua soalan di mahkamah
c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara
   percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda
   dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya
   kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam
   kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut,
   tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih
   terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan
   minta ‘perlindungan’ mereka.
d. Apabila anda telah habis menjawab soalan, pegawai polis akan membenarkan anda
   membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa
   yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa
   kesilapan atau menambah lain-lain komen di dalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda
   telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu
   lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu.
   Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan
   teliti dan tandatangan sedekat yang boleh di bawah perenggan yang terakhir, supaya tiada
   siapa yang boleh menokok tambahnya lagi.

 SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)
a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat
   Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya di mahkamah bagi tujuan ini.
b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya
   anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

 SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)
a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam
b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak
   dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk
   membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan
   peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang
   mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan
   mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut.
   Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh
   mahkamah.

SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN
a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan
   atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang
   bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan di mahkamah
   kemudian.
b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan
   bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

eveRyThiNg p0ssibLe...





wanna TRY...???













new helmet??...











even superhero need t0 rest for a while...
















they n0 need t0 find their prey anym0re..








 unf0rgettable mem0ry f0r this puppy...














 can y0u find this at Melaka???














 that's why i'm n0t g0ing t0 let my sister ride my bike...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

DiGi Prepaid So Easy To Be Famous

DiGi Prepaid So Easy To Be Famous

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

hilang satu impian Malaysia.. [adaptasi dari Gempak.org]


Pada tahun sekitar awal 2005 pernah heboh satu Malaysia yang salah satu kompeni kereta negara kita, Esnasports Sdn. Bhd., akan mengeluarkan kereta sport sendiri (sports car/supercar), “Esna Venere”. Cool nama tu, ala-ala Italian. Kecoh satu negara selepas pengumuman tentang projek penghasilan kereta sport tersebut.
Ye la…kalau dah ada sports car buatan Malaysia ni dah tentu nama negara Malaysia famous. Kita boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Ferrari, Mercedes, Lamborghini dan BMW. Mana tahu nanti boleh berdiri lagi tinggi dari syarikat-syarikat elit tu.
Esnasports Sdn. Bhd. cakap nak keluarkan kereta ni dalam tahun 2006.
Tapi sekarang dah tahun 2010. Pernah nampak tak Esna Venere tu kat atas raya di Malaysia ?

Jawapannya mesti TIDAK.
Kenapa?

Sebab Esna Venere sports car ni tak pernah dihasilkan selepas
pengumumannya hampir 5 tahun lalu.
Tapi kenapa??
Sebab pioneer atau otai atau kepala projek ni telah pun meninggal dunia semasa sports car ini masih dalam pembikinan.
Kehilangan Mr. Esmail Naziadin, tuan empunya Esnasports Sdn. Bhd. ini menyebabkan projek ini terpaksa diberhentikan. Beliau sahaja yang tahu urusan mengenai pembikinan Esna Venere sports car ni. Segala idea dan reka bentuk sports car adalah hasil pemikiran beliau sendiri (hanya 5 bulan untuk beliau hasilkan clay model kereta sport ini,maknanya sangat cepat). Jadi selepas pemergiaan beliau, tiada siapa tahu atau mampu meneruskan selok-belok projek ni.
Hanya tinggal memori.


Spesifikasi Esna Venere (seperti yang dijanjikan pada awal pengumumannya):

Rekabentuk: Bahagian depan seperti sports car tahun 30an. Bonet panjang.
Lampu depan yang stail. Bahagian tepi dibiarkan kosong tanpa design yang
menarik, hanya ada air-vents. Bahagian dalam selesa dan lebih lapang dari
sports car yang lain.
Enjin: 3.0L. Kuasa enjin 300-350 bhp. Maksima kelajuan boleh capai 300km/j.
6-gear manual atau automatik.
Suspension: Double wishbone.
Berat: 1000kg
Esna Venere dibuat dengan material seperti carbon fibre, besi aloi dan
aluminium (material yang sama untuk buat kereta F1)
Harga: Sekitar RM500,000 ke RM800,000 (Hampir sejuta ringgit)





Hilang satu impian negara untuk memiliki sports car buatan sendiri. Apa pun diharap kompeni kereta nasional yang lain seperti Proton dan Perodua mungkin boleh merealisasikan impian ini suatu hari nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS