pK

petua sifat alam (untuk wanita)

Petua Sifat Alam
--------------------------------------------------------------------------------

Di halaman ini akan memperincikan satu petua istimewa untuk kaum wanita yang menjadi isteri. Petua ini dipanggil Petua Sifat Alam, yang mana wanita akan bersifat sebagaimana tanah, air, api dan angin dalam kehidupan bersama suaminya agar hidup bahagia. Wanita perlulah menyesuaikan sifat manakah yang akan digunakan olehnya pada keadaan dan masa tertentu. Malah, dia boleh gabungkan beberapa sifat sekaligus, mengambil sifat alam yang baik-baik saja untuk keharmonian rumahtangga dan demi cintanya.
Perlu juga diingat bahawa yang akan dipakai dari sifat alam itu ialah sifat-sifat yang baik dari empat unsur yang tersebut. Keempat-empat unsur ini ada juga keburukannya, tetapi kita hanya akan mengambil yang baik darinya Wanita juga patut bijak memainkan peranannya bersifat dengan Sifat Alam ini bagi menyesuaikan dirinya dengan sifat suaminya. Hal ini selalu dinyatakan di kalangan masyarakat Melayu lama. Maka gunakanlah kebijaksanaan dalam memilih Sifat Alam yang baik, agar ia menjadi petua yang amat berguna.


--------------------------------------------------------------------------------

Kelebihan Wanita Bersifat Seperti Tanah
--------------------------------------------------------------------------------

Di atas bumilah tempat manusia hidup dan mati. Malah manusia juga ditempa dari tanah yang terpilih. Untuk hidup dengan aman dan makmur, bumi ini perlulah bumi yang aman pula, luas terbentang bagai hamparan, subur serta kaya dengan berbagai sumber kekayaan terpendam dan punya banyak kelebihan.
Tanah yang baik itu mempunyai berbagai pemandangan yang indah dan tidak pula menjemukan. Ia bersih, tenang dan selamat serta tidak pula membahayakan atau menggusarkan. Tanah yang baik adalah tanah yang paling subur, lembut dan gebu dan bentuknya bagai hamparan. Tanah inilah yang terpilih untuk bercucuk tanam.

Wanita yang bersifat seperti tanah itu merendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia dan rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebagaimana tanah, wanita ini tidak banyak cerewetnya, tidak bercakap meninggi diri, menyombong, marah atau mengherdik suami.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan, dan tidak suka membantah atau membangkang.
Sedia dan rela menjadi hamparan suami setiap masa, melayani kehendak cinta kasih dan cinta berahi suami dengan penuh cinta dan kasih sayang.
Sanggup menanggung kesusahan hamil, melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna.
Subur sifatnya lagi rindu kepada persetubuhan.
Mempunyai berbagai kelebihan dan keistimewaan yang akan terserlah sedikit demi sedikit dan menawan hati suami setiap masa tanpa jemu.
Mempunyai rahsia-rahsia cinta yang terpendam terhadap suami dan sedia untuk diterokai dan diselongkar oleh suami yang dikasihi.
Sedia mendedahkan keindahan zahir batinnya hanya untuk suaminya, yang empunya tanah.
Mempunyai pelbagai rahsia dan khasiat untuk membantu suami menjalani kehidupan yang sihat, gembira, ceria dan aman.
Bersih dan kemas, wangi, manis wajahnya dan lemah lembut serta sopan dan gebu kulitnya kerana sentiasa menjaga kecantikannya untuk suami.
--------------------------------------------------------------------------------


--------------------------------------------------------------------------------

Kelebihan Wanita Bersifat Seperti Air
--------------------------------------------------------------------------------

Air yang baik itu sifatnya bersih lagi membersihkan, sejuk nyaman, jernih, serta boleh menghilangkan dahaga bila-bila masa. Air sifatnya mencambahkan biji benih, menyuburkan, menyegarkan kembali serta menyihatkan. Sifat air juga mengisi segala bejana atau bekas mengikut bentuk bekas itu, ertinya boleh sesuaikan diri dengan keadaan.
Sifat air juga rela turun ke bawah, mengalir dari gunung ke lurah-lurah untuk berbuat kebaikan, seperti membasahi dan menyuburkan tanam-tanaman serta sebagai penyambung kehidupan. Air juga boleh tenang, sebagaimana air kolam, boleh mengalir dan berkocak bagai air sungai, dan boleh bergelora ibarat laut, tapi semuanya itu kena pada tempatnya. Air kolam tidak akan bergelora sebagaimana laut. Air juga mengandungi pelbagai rahsia dan keindahan, tersedia untuk diterokai dan dimanfaatkan.

Wanita bersifat air menjamu suaminya dengan jamuan zahir batin untuk menghilangkan kedahagaan suami dan menutup diri suami dari mencari yang lain.
Bersedia melayani suami pada bila-bila masa dan menyuburkan jiwa suami dengan kasih sayang.
Menghidupkan hati suami menjadikan ianya segar dan sihat serta bersemangat. Menjadikan hati itu sentiasa bersyukur atas nikmat Allah dan patuh beribadat.
Sentiasa berada di tempat dia diperlukan oleh suaminya dan rela berkorban untuk menjaga kebajikan suami.
Hatinya bersih lagi membersihkan, amat berguna dalam mendidik anak-anak dan menjinakkan hati suami.
Menenangkan hati suami bila suami menghadapi masalah atau kerumitan dan memberi galakan agar suami lebih berjaya.
Sentiasa mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak, serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus dunia.
Menzahirkan gelora cintanya kepada suami dan tetap setia. Setiap masa dia rindukan cinta suami dan menunggu dengan rindu.
--------------------------------------------------------------------------------


--------------------------------------------------------------------------------

Kelebihan Wanita Bersifat Seperti Api
--------------------------------------------------------------------------------

Api yang baik itu banyak gunanya. Api menerangi kegelapan dan sebagai penyuluh agar selamat. la juga menghangatkan sesuatu agar jangan basi dan berkuman dan menolong menjaga kesihatan. la juga menjadi hiasan yang indah sambil berfungsi menerangi. Api yang baik membakar sampah serta bahan yang tidak digunakan lagi, menolong menjaga suasana sekeliling agar tetap bersih dan segar. Api juga merupakan lambang cinta antara manusia.
Wanita yang bersifat api itu hangat cintanya kepada suaminya, bersifat sedikit cemburu tetapi itu dilakukannya kerana cintanya yang mendalam. Rindu dendam terhadap suami dari segi cinta.
Cepat dalam segala tingkahlakunya. Ini menjadikan dia cekap dalam menguruskan hal kebajikan rumahtangga dan mendidik anak-anaknya.
Hangat kasih sayangnya terhadap anak-anak, dan dapat mengimbangi antara menyayangi anak dan menjadikan anaknya berguna di masa depan.
Nasihat menasihati suami dengan cara yang baik agar suami menjadi lebih berjaya dunia akhirat. Menasihati anak-anak agar berguna serta mengajarkan kepada anak-anak hikmah dan pengetahuan.
Menjaga kebersihan dalam rumahtangga dengan cekap. Sentiasa mempastikan suami dan anak-anak mendapat makanan yang berkhasiat dan jauh dari kekotoran dan penyakit.
Pandai menghias dirinya agar kelihatan cantik menarik, Tingkah lakunya menawan suami, wajahnya bercahaya dan dia lincah genit untuk suaminya seorang. Selalu menyatakan cintanya yang hangat kepada suaminya.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan. Melakukan khidmat bakti tanpa perlu disuruh.
--------------------------------------------------------------------------------


--------------------------------------------------------------------------------


Kelebihan Wanita Bersifat Seperti Angin
--------------------------------------------------------------------------------

Angin yang baik itu lembut sepoi-sepoi bahasa, nyaman dan bertiup dari berbagai arah. Angin ini membuatkan daun-daun melambai-lambai dan dahan berbuai. Angin juga membuatkan buluh perindu bernyanyi merdu, serta menaburkan biji benih ke serata bumi. Angin juga meredakan kehangatan, angin menyebabkan kehidupan lebih selesa dan membawa hujan di tempat-tempat yang mulai kering.
Wanita bersifat angin itu lemah lembut menyamankan suami membuatkan suami rasa selesa.
Bila suami hendak keluar rumah, dia menghantarkan suami dengan suara yang lunak manja, senyuman serta kucupan.
Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah di dengar, membuatkan suami semakin sayang.
Kata-katanya sopan dan pekertinya mulia, tidak menyusahkan, mendukacitakan atau memusnahkan suami. Tidak berkasar atau membentak suami. Sifat sopan membuatkan suami terbuai dan lena dalam tiupan cinta.
Bila suami pulang dari kerja, disambut dengan senyuman, membukakan butang baju, mengipasnya, membawakan air untuk melepas dahaga.
Sentiasa bersih berdandan untuk suami. Bau tubuhnya wangi segar. Kata-katanya pun bersih lembut menawan, menyebabkan suami yang letih segera segar dan bila hendak marah segera reda.
Membelai suami dengan penuh kasih sayang, mengusap dan mengurut tubuh suami bila merasa kebas dan sengal menyebabkan suami merasa segar.
Mewujudkan suasana selesa dalam rumahtangga. lanya nyaman dan segar bersih dan menyihatkan, tenang serta penuh kegembiraan, hidup dan sentiasa ceria.
--------------------------------------------------------------------------------

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

petua kukuh ikatan cinta


MENCINTAI dan dicintai adalah naluri yang dimiliki semua makhluk di dunia ini. Selain manusia, makhluk yang menghuni isi alam ini termasuk haiwan juga dianugerahi perasaan sedemikian.

Rasa cinta, kasih sayang dan membina impian untuk hidup bahagia bersama pasangan yang dicintai menjadi harapan kepada pasangan bercinta.

Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.

Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?


Apapun, 30 petua berikut mungkin boleh dijadikan asas penting kepada pasangan yang bercinta supaya hubungan terus kukuh, intim dan akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini.

- Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada jauh darinya.

- Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan.

- Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

- Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

- Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

- Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

- Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

- Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

- Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

- Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

- Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

- Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

- Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.

- Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya wanita yang memulakannya.

- Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

- Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

- Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

- Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

- Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain serta seronok untuk didampingi orang lain.

- Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.

- Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

- Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian lelaki terbabit.

- Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki janganlah terlalu berjimat atau kedekut.

- Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

-Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

- Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

- Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

- Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.

- Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

- Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

petua mengatasi kepenatan


Dalam menguruskan kehidupan seharian, kita terpaksa menghadkan aktiviti akibat kepenatan.
Kepenatan juga menjadi halangan kepada kita untukmempertingkatkan amal ibadah. Kepenatan
 juga menjadi alasan yang kukuh bagi kita untuk mengelakkan dari membuat kerja-kerja 
amal kepada masyarakat.
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun 
di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri 
kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
 
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang 
kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
 Saidina Ali berkata :
 "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah
 seorang khadam untuk membantu mu."
 
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan 
seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
 tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi
 menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:
 
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu 
minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah)
 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. 
Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
 
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi 
meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
 Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.
 Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."
 
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai 
kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 
'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada 
setiap malam isitu sebelum melelapkan mata.
 Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk 
Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.
 Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

petua menjaga hati (1)

 

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.


  Tiada alasan untuk SUSAH mengerjakan solat

Dalam kapalterbang



Dalam kedai pakaian



Dekat stesen keretapi


Dekat jalan-jalan



Dekat jalan lagi


Dekat padang pasir/gurun



Dekat kutub utara atau selatan...


kat jalanan


Dekat jalanan



Kat sebelah Teksi



Dekat tepi laut


akhir skali tentulah di tanah suci Mekah

Semoga Allah menambahkan keimanan saya dan dapat pula memberi kemudahan dan keupayaan untuk saya pada satu hari nanti bersolat di depan Kaabah. Amin...

 
Tazkirah hari ini..


Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian
datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a . dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat
ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada
 pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W
bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua
hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

petua awet muda

selepas bangun dari tidur, sebenarnya muka kita berminyak. Sebelum cuci muka, lap dulu mukal dengan hujung jari....(urut2kan muka dengan turutan dari bawah keatas). Kemudian baru boleh cuci muka. Sebelum basuh muka selawat 3X. Mudah2han muka kita akan sentiasa berseri2. Kemudian bolehlah cuci gigi pulak. satu lagi, kalau nak hidup kita sentiasa berkat, sebelum buat sesuatu kerja baca bismillah dan selawat. Nak masak sekalipun.Lupa lak nak cakap..amalan urut muka selepas bangun tidur diwaktu pagi juga dapat menghindarkan jerawat di muka kita. Bukanlah dapat dihilangkan terus. Tapi...mungkin juga dapat dikawal

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS